Jumaat, 11 Mei 2012

bicara hatiku



Dalam mencari pengertian..
terus terbang melayang..
dibawa angin entah ke mana..
kadang-kadang terumbang ambing di lautan samudera..
singgah sejenak di gunung sahara..
padang pasir yang kering kontang..
menerbitkan rasa haus tidak terperi..
dari jiwa cetek..
dalam mencari kebahagian..

ummi...
air mata membasahi pipi tatkala,
khabar gembira diterima,
cukuplah sudah 9 bln 10 hari,
ku dikandung...
sungguh indah ciptaan Tuhan,
lahirlah seorang anak yg di nanti,
rezeki kurnian Illahi...
Tercelik sudah pandangan mata,
ohh.. sungguh luas alam ciptaan Mu,
ku dijaga penuh kasih
ditatang bagai minyak penuh,
di belai dan dimanjai,

Ohh..ummi
Ku rindukan belaian mu,
mengusapi setiap helaian rambutku,
kini ku dewasa sudah,
namun siapalah aku tanpamu ummi,
saat jiwaku kacau fikiran ku kusut dikaulah,
penasihat setia teman sepanjang hayat,
ku tahu diriku acap kali membuat hatimu terguris,
ampunilah anakmu ummi,

lenamu itu jagamu,
ummi...
diriku ini penuh kekhilafan,
maafkanlah anakmu,
teruskan tunjuk ajar mu,
ku dambakan kasih mu yg  tidak pernah susut,
walaupun sedikit..
dikaulah nafasku..

BICARA HATI

Khamis, 15 Disember 2011

indahnya alam

Burung-burung berterbangan di angkasa
lewat petang bergerombolan pulang
si anak mencicit- cicit merayu domba
perut berkeroncong perlu diisi...
demi mu sayangku,
ku redah angin taufan,
ku korbankan masa,
ku kerahkan kudrat,
demi melihat dikau membesar sihat,
melebarkan sayap merentasi angkasa....

Selasa, 13 Disember 2011

TIP-TIP MENJAGA MATA

1- Pengambilan nutrisi yang baik
Bagi memastikan mata sihat dan cantik kita perlulah mengamalkan pengambilan nutrisi yang baik. Beberapa kajian di amerika syarikat telah membuktikan bahawa nutrisi seperti asid omega-3, lutein, zink, vitamin C dan E boleh membantu mengatasi masalah penuan mata serta mengurangkan risiko katarak. Amalan makan makanan seimbang dengan keperluan nutrisi ini mampu mengekalkan kesihatah mata optima:
*sayuran hijau seperti bayam, brokoli, sawi
*ikan salmon dan tuna
*telur, kekacang dan sumber daging putih seperti ikan dan ayam yang tinggi protein.
*buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon
 pengamalan makan makanan seimbang dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada tubuh badan kita. Antaranya, mengekalkan berat badan yang seimbang, dapat mengurangkan risiko diserang diabetes kerana penyakit diabetes mampu menjejaskan penglihatan diperingkat kronik.
Justeru itu, rawatilah mata anda sebaik mungkin janganlah dipersia-siakan anugerah yang tidak terhingga ini.

PELANCONG DAN PEMANDU TEKSI

Pada suatu hari ....
Pelancong : Please go to town please?
Pemandu teksi : Apa encik kena taun?
Pelancong : What??
Pemandu teksi :Kena masuk wad??
Pelancong : Please faster. .
Pemandu teksi :Apa dah kena dah, taun nak kena tampal plaster!!!!