Selasa, 13 Disember 2011

TIP-TIP MENJAGA MATA

1- Pengambilan nutrisi yang baik
Bagi memastikan mata sihat dan cantik kita perlulah mengamalkan pengambilan nutrisi yang baik. Beberapa kajian di amerika syarikat telah membuktikan bahawa nutrisi seperti asid omega-3, lutein, zink, vitamin C dan E boleh membantu mengatasi masalah penuan mata serta mengurangkan risiko katarak. Amalan makan makanan seimbang dengan keperluan nutrisi ini mampu mengekalkan kesihatah mata optima:
*sayuran hijau seperti bayam, brokoli, sawi
*ikan salmon dan tuna
*telur, kekacang dan sumber daging putih seperti ikan dan ayam yang tinggi protein.
*buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon
 pengamalan makan makanan seimbang dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada tubuh badan kita. Antaranya, mengekalkan berat badan yang seimbang, dapat mengurangkan risiko diserang diabetes kerana penyakit diabetes mampu menjejaskan penglihatan diperingkat kronik.
Justeru itu, rawatilah mata anda sebaik mungkin janganlah dipersia-siakan anugerah yang tidak terhingga ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan